Kitai nemu menua sarawak tu mayuh flora gau fauna ti mayuh .Retinya tai idup gau tumbuh agi bedau mayuh tang nama kebuah tai tu semina tinggal lesap midang ari mata kitai .?? berunding meh cara kena nagang tai tu ari terus nyadi.Anang kitai neju tai tu terus nyadi dalam menua kitai .Kebuah pia enggaika menua kitai tu majak lenyau ari pemanah rampa menua ti chukup manah ti diperimba aki ini kitai dulu kelia.Tangang meh pengawa ti ngamahka rampa menua baka nebang kayu ti enda beradat, muai ruas sepeneka ati,ngena utai ti tau ngasuh rampa menua kamah baka teda kimia gau rachun...TAGANG meh ...Wai kaban...
Jaku iban.
Pemuas ka begaga ka blog ngena jaku iban, kala aku berunding bejaku nengali kediri, deka ngetu ka pengawa bakatu. Bisi ga ati ku din rawan, nangi ila lusa, bisi urang datai bedawa, kena sangkut kena paut, penemu enggau pekara ka ditantai ka aku ba ruai iban2u tu.. Ko jaku deka merindang, tang bisi ga maya tekelambang singkang, salah rembang, ngeranjur salah jaku kelalu kempang, ti tau ngasuh punggal enseriban alah tegepang.
Kelalu ga nuan punggal jara, jaku enda betatak, bekena ka kereban pungkal urang, uji ngati kediri neh, mupuk bedarat ngemun kediri, enda ibuh nunda sida akan buat, ti udah dulu pandai nengkebang. enti sida nya dulu begaga ka pemintas sepiak, nuan nyin, ngelawa nuju damun dili, mungkal jalai baru.
Baka nya ga sada ati lebuh maya irau..
Adat resam iban.
ADAT RESAM KAUM IBAN
Secara tradisi kehidupan masyarakat Iban diatur oleh adat mereka yang amat rapat berkait dengan sostem pertanian berhuma (bumai) padi. Di atas kepercayaan kepada semangat padi maka pelbagai perayaan (gawai) dilakukan pada masa tertentu disepanjang tahun.
Gawai diketuai oleh beberapa ketua tertentu bergantung kepada jenis dan tujuannya. Permulaan upacara pertanian padi dilakukan oleh “Tuai Burung” yang melihat gerak-geri dan bunyi burung untuk memulakan acara. Kegiatan pertanian itu sendiri akan diketuai oleh “Tuai Rumah” sebagai ketua dalam rumah panjang. Apakala sampai kepada membaca sampi (jampi), doa dan tusut (salasilah) maka “Lemambang” akan melakukannya dengan melagukan“pengap”. Jika berlaku kesakitan atau sebagainya maka “Manang” akan melakukannya untuk pengubatan.
Dalam konsep masyarakat Iban, “Raja Entala” merupakan kuasa ketuhanan. Dialah yang melahirkan manusia yang menurunkan orang Iban yang memberi segala macam upacara, gawai dan pantang larang dan peraturan hidup bernama “adat”. Segala amcam peraturan, adat-istiadat dan upacara adalah adat.
Untuk memulakan kehidupan bertani maka “Tuai Burung” akan melakukan beburung iaitu melihat dan mendengar beberapa jenis burung. Bunyi burung akan memberikan petanda terhadap bertuah atau buruknya suatu kegiatan dan masa melakukannya. Bunyi burung tidak boleh diketepikan kerana akan mendatangkan bala serta kematian. Namun untuk menilik akan punca penyakit, “Manang” (pawang) akan menggunakan hati babi hutan.
Penyakit dikatakan berpunca dari pelanggaran terhadap “adat” terutama pantang (mali) dan larangan dalam berbagai upacara kepercayaan, kehidupan sosial dan juga kegiatan berhuma. Pelanggaran terhadap pantang berkaitan semangat padi adalah yang paling berat kerana ia melibatkan makanan dan hasil tuaian.
Disepanjang tahun masyarakat Iban merayakan suatu jenis Gawai tertentu bergantung kepada tahap bertani dan juga kehidupan seluruhnya. Gawai kecil adalah semacam doa selamat setelah berjaya mendapat sesuatu atau pun terelak dari bahaya.
Gawai utama ialah yang berkaitan dengan pertanian padi seperti Gawai Batu dan Gawai Benih. Jika berlaku ancaman nyawa masyarakat maka diadakan Gawai Kenyalang atau Gawai Burung, suatu perayaan amat besar yang melibatkan seluruh Rumah Panjang dan jarang dilakukan. Satu lagi Gawai terbesar ialah Gawai Antu yang memperingatkan arwah-arwah moyang-moyang mereka.
Dalam Gawai Utama inilah semua ketua adat akan memainkan peranan termasuk “Tuai Burung”, “Tuai Rumah”. “Lemambang” dan mungkin “Manang”. semua anggota rumah panjang dan jiran-jiran dari rumah panjang lain dijemput dalam perayaan itu. Ia bermula dengan seruan terhadap “antu” atau roh orang yang berkuasa terutama antu arwah-arwah ketua yang telah meninggal dunia. Sepanjang malam Lemambang akan melagukan “pengap” atau jampi menjemput antu dan roh dari seluruh alam untuk bersama. Ketika itu juga makanan dan minuman tuak diedarkan oleh semua bilik dalam rumah panjang dan semua bergembira.
Kehidupan masyarakat Iban berlaku dalam rumah panjang, bilik-bilik dan juga ruang tertentu dalam rumah panjang itu. Di situlah mereka melahirkan anak, berkahwin dan kemudian meninggal dunia dan dikebumikan di kawasan berdekatan rumah panjang. Adat mengatur semua segi kehidupan termasuk nilai utama, kebiasaan harian dan juga hukuman yang melanggar pantang serta taboo yang berat.
No comments:
Post a Comment